Tuesday, 23 December 2014

NURSERY

Rikaraya Fishing Park Desa Impian bukan saja menawarkan servis memancing dan juga restoran, namun kami juga mempunyai nursery sendiri. 

Nursery ini dijaga dengan baik oleh beberapa pekerja kami yang berpengalaman. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli bunga boleh lah mengunjungi nursery kami yang terletak di bahagian belakang Rikaraya Seafood Restaurant.

Terdapat pelbagai bunga yang boleh didapati di sini contohnya Bunga Janda Kaya, Bunga Kertas, Bunga Raja dan macam-macam lagi.

Waktu beroperasi bagi nursery kami adalah pada jam 07:00 pagi - 05:00 petang setiap hari. Kami turut mempamerkan beberapa bunga di hadapan Rikaraya Seafood Restaurant untuk dijual, dimana ia beroperasi dari 07:00 pagi - 11:00 malam.

Kepada peminat-peminat bunga diluar sana, ayuh berkunjung ke nursery kami. Jumpa anda disana !



















KAUNTER EXPRESS DIHADAPAN RIKARAYA SEAFOOD RESTAURANT



Rombongan dari Cawangan Bukit Aman ke Rikaraya Seafood Restaurant

Pada 18/12/2014, kami telah menerima kunjungan dari Cawangan Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, ACP Mahamad Akhir Bin Darus. Tujuan mereka hadir adalah untuk menikmati jamuan tengah hari di sini.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Insp. Narzuan dari IPD Kota Belud kerana memperkenalkan Rikaraya Fishing Park kepada mereka.. Kami berharap hubungan baik yang terjalin di antara pihak Rikaraya dan PDRM akan sentiasa berkekalan.

Disini kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kesilapan di dalam layanan kami. Kami berharap kita akan berjumpa lagi di masa akan datang.