Sunday, 1 February 2015

D.S.S.A

Pada 23.01.2015, kami telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Penerangan Kota Belud bersama Datuk Salleh Said Keruak untuk menikmati makan tengah hari di Rikaraya Seafood Restaurant. Terima kasih Datuk kerana sentiasa memilih restoran kami untuk menjamu selera. Seandainya ada kekurangan dari segi layanan dan servis kami, ampun dan maaf dipinta. Semoga kita berjumpa lagi. :-)





 :)

TANGKAPAN JANUARI 2015

Berikut merupakan antara ikan yang berjaya didaratkan di Rikaraya Fishing Park sepanjang bulan Januari 2015. Credit kepada anglers yang sudi berkongsi gambar mereka kepada kami.









KELUARGA RIKARAYA

Di Rikaraya, aspek kekeluargaan sangat dititik beratkan. Oleh kerana itu, kami menganggap semua pekerja merupakan keluarga kami dan diberikan layanan yang baik dan mesra.

Dan pada 31/01/2015 yang lalu, seorang pekerja Rikaraya telah mengadakan majlis kenduri doa selamat di Rikaraya Fishing Park bagi merasmikan kediaman baru beliau. Majlis ini telah dihadiri oleh keluarga terdekat beliau, pekerja-pekerja Rikaraya serta pemilik Rikaraya sendiri iaitu Ir. Datuk Anjin Bin Ajik. Kami berharap ikatan kekeluargaan di antara semua staf Rikaraya ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah amin.



Cuaca mendung, sangat sesuai dengan sesi BBQ


Encik Rasul menanti ketibaan tetamu


Iron Lady Mont dan Anis membantu tuan rumah menyediakan ikan dan sayap bakar


'



Nice place to photoshoot right? :)










Sesi menjamu selera.


Spotted. Datuk Anjin Ajik,Datin Bibi Jaafar dan anak sulung mereka Encik Hadly Zekry

Tuesday, 6 January 2015

KOLAM B & C (NINDO) - TANGKAP DAN BAWA BALIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini admin akan memberikan sedikit keterangan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan di Kolam B dan Kolam C yang juga dikenali sebagai Kolam Nindo.

Kolam Nindo merupakan kolam yang membolehkan pemancing membawa balik hasil tangkapan ikan yang telah didaratkan. Namun terdapat satu polisi bagi Kolam Nindo dimana setiap hasil tangkapan yang melebihi 3kg ke atas, ikan tersebut akan dibeli oleh pihak Rikaraya Fishing Park dan pemancing akan dibayar mengikut harga yang telah ditetapkan.


Pakej bagi kolam ini adalah seperti berikut :

RM15.00 - 1 jam
RM30.00 - 3 jam
RM50.00 - 6 jam

Setiap pemancing akan di caj bagi setiap joran yang didaftarkan. Sekiranya pemancing tersebut ingin mengambil pakej 3 jam dan membawa dua joran, harga yang akan dicajkan kepada pemancing adalah RM30.00 (3jam) x 2 joran : RM60.00.

Dan BERITA BAIK untuk semua pemancing di luar sana!!!!

Rikaraya Fishing Park dengan berbesar hati ingin mengumumkan promosi terbaru bagi Kolam Nindo di mana pemancing berpeluang untuk mendapatkan 1 jam memancing secara percuma di Kolam Nindo, diskaun sebanyak 5% di Restoran Rikaraya Seafood Restaurant dan juga baucer RM5.00 yang boleh digunakan di semua kolam Rikaraya dan juga di restoran Rikaraya.

Bagi melayakkan para pemancing mendapatkan 1 jam memancing percuma ATAU diskaun 5% untuk 1 bil di Restoran Rikaraya  (Bil RM30.00 ke atas), pemancing hanya perlu mengumpul kupon memancing RM30.00 (3 jam) sebanyak 3 keping dan serahkan di kaunter pendaftaran memancing untuk menuntut hadiah anda. Terma dan syarat bagi promosi ini adalah :

  • 1 kupon untuk 1 pemancing saja
  • Nama pemancing yang sama di setiap kupom
  • Tempoh sahlaku kupon (1 bulan dari tarikh kupon terakhir)
  • Diskaun 5% untuk 1 bil saja ( Bil RM30.00 dan ke atas)



Manakala bagi melayakkan pemancing mendapatkan Baucer RM5.00 yang boleh diguna pakai untuk semua kolam dan juga di restoran Rikaraya, pemancing hanya perlu mengambil pakej memancing selama 6 jam yang bernilai RM50.00. Terma dan syarat bagi promosi ini adalah :
  • Tempoh sahlaku adalah 1 bulan dari tarikh kupon
  • Layak untuk semua kolam
  • Untuk restoran hanya layak 1 kupon untuk 1 bil ( Bil RM30.00 dan ke atas)


Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan di Rikaraya Fishing Park atau sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Azahari Bin Ajik di talian 013-8518575


Saturday, 3 January 2015

SAMBUTAN HARI JADI DI BALLROOM HALL RIKARAYA FISHING PARK


Pada 21/12/2014 telah diadakan sebuah majlis hari jadi bagi menyambut ulang tahun kelahiran adik Mohd Azam Ikhwan yang ke-2 tahun. Sambutan yang sangat meriah ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 250 tetamu jemputan. 


Majlis yang bercirikan moden ini diselitkan dengan ciri tradisional apabila acara bertitik turut diadakan. 
















KOLAM A (NILPAN) - CATCH & RELEASE

Sangat terkenal dengan tarikan mencabar daripada ikan siakap dan kerapu yang bersaiz 10 kg sehingga 18kg, kolam ini sememangnya memberikan kepuasan maksima kepada para pemancing.


Kadar bayaran bagi setiap joran di kolam ini adalah seperti berikut :

SIANG (07.00AM - 06.00 PM)
RM5.00 /1 Jam
RM15.00/3 Jam
RM20.00/6 Jam

MALAM (06.00PM - 12.00 AM)
RM10.00/1 Jam
RM20.00/3 Jam
RM30.00/6 Jam



HARGA IKAN SEKIRANYA MATI DAN INGIN DIBELI

Ikan Baulu - RM15.00/KG
Ikan Siakap, Ikan Merah, Ikan Ketambak - RM26.00/KG
Ikan Kerapu, Ikan MJ,Ikan Putih (GT) - RM35.00.KG
Ikan Kanai - RM60.00/KG
Lain-lain Ikan - RM10.00/KG
















KOLAM D - LURE CASTING ZONE

KOLAM D
LURE CASTING ZONE
'CATCH & RELEASE/TANGKAP & LEPAS"


ISNIN HINGGA AHAD
08.00 AM - 06.00 PM


KADAR BAYARAN BAGI SETIAP JORAN 

RM10.00 / 08.00 AM - 04.00 PM 
RM5.00 / 04.00 PM - 06.00 PM





TERMA & SYARAT
  • JENIS GEWANG BEBAS. MATAKAIL SINGLE HOOK & BARBLESS
  • SILA DAPATKAN RESIT VOUCHER PENDAFTARAN UNTUK DIPERIKSA OLEH MARSHALL KOLAM
  • SETIAP TANGKAPAN HENDAKLAH DIMASUKKAN KEDALAM SANGKAR YANG TELAH DISEDIAKAN
  • AKTIVITI MEMANCING DIKAWAL SELIA OLEH MARSHALL SETIAP MASA
  • HANYA JORAN BERDAFTAR (TAG JORAN) SAHAJA DIBENARKAN MEMANCING
  • TANGKAPAN TIDAK BOLEH DIBAWA BALIK


HARGA IKAN SEKIRANYA MATI DAN INGIN DIBELI
  • IKAN SIAKAP DAN IKAN MERAH - RM22.00/KG
  • IKAN KETAMBAK DAN IKAN TANDA - RM22.00/KG
  • IKAN PUTIH - RM25.00/KG
  • IKAN KERAPU DAN IKAN MANGROVE JACK - RM30.00/KG